Menurut Habil, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra Batu Pahat, dia mengambil keputusan meneruskan pengajian ke tingkatan 6 kerana yakin, STPM merupakan jalan terbaik untuk ke universiti.

“Kita bukan sahaja belajar ilmu, tetapi pada masa sama kita dapat mempersiapkan diri sebelum melangkah ke universiti. Diakui, STPM ini sedikit mencabar berbanding saluran lain yang ada, tapi saya yakin dengan sistem STPM mampu membentuk diri saya untuk berjaya bukan sahaja dari aspek pelajaran, tetapi juga dari aspek keperibadian diri,” katanya.

Muhammad Habil merupakan Ketua Pengawas SMK Tunku Putra. Beliau juga dianugerahkan Tokoh Kelab Hobi dan Rekreasi 2017 - Peringkat sekolah, Naib Johan Pameran Sains Menengah Atas 2017 - Peringkat Sekolah, Pengerusi Gold Medal Certificate For ASEAN Quiz competition Grade 10-12 - 2017 Peringkat Antarabangsa dan banyak lagi.




9 KELEBIHAN STPM YANG BUAT ANDA TERKEJUT

  1. Diiktiraf oleh University of Cambridge. Sijil setaraf dengan A-Level dan diterima oleh universiti setara dunia.
  2. Menghasilkan pelajar yang lebih matang kerana pendedahan sukatan  pelajaran yang lebih komprehensif.
  3. Menghasilkan pelajar yang lebih berdikari.
  4. Merupakan permulaan yang baik sebelum menjejak kaki ke universiti.
  5. Suasana PdP yang lebih kondusif dan selesa.
  6. Tidak terikat dengan uniform sekolah.
  7. Penyertaan aktiviti kokurikulum yang lebih meluas peringkat PPD, negeri dan kebangsaan.
  8. Yuran pembelajaran secara percuma.
  9. Sijil STPM laku dan boleh dijadikan medium untuk mencari pekerjaan.